Friday, May 25, 2012

Seketul Daging

Salam persahababatan kpd pembaca2 sekalian,,

Percayakah kalian sekiranya sy umpamakan hati yg sering mnjadi isu dlm hidup ini sebagai laman depan rumah kita?Laman yg nmpak berkulat dan bersepah dek ranting2 serta daun2 yg jatuh dari pohon mahupun rumah jiran kita..itu contoh laman yg x diselanggra dgn baik,,macam itu juga hati kita yg dikurnia Allah, bukankah hanya untuk dipenuhkan dan sentiasa di'update' iman kita biar kita terus rase hidup ini bermakna? Allah memang sgt pemurah lagi penyayang dan kerana itu, kita hanya dikurniakan 1 hati,,akan menjadi masalah sekiranya ada banyak hati seperti jari-jari kita yang ada 20 semuanya. Hendak menjaga 1 hati pun dibiarkan semak dengan jahiliyah tanpa ditebas, ditanam pohon-pohon keimanan, inikan pula ada banyak hati. Dan yang paling kelakarnya hanya ada 1 hati, tapi sangatlah pemurah sebab sanggup nak bagi hati yang 1 tu pada manusia lain. Kononya dah 'jatuh hati' katenya. Persetankan 'jatuh hati' pada manusia, hanya sengsara dan merana yang akan kau peroleh!! Tuhanmu sendiri amat lama menunggu hatimu ingat pada-Nya. Palingkanlah hatimu ke arah yang lebih diredhai,, jangan nanti kita salahkan Allah kenapa hati kita ditolak manusia? Tanyakan balik akalmu itu, kemana wajar dipalingkan hati itu? X rase bersalah ke biarkan pencipta hati kita menunggu lama untuk Dia memperoleh perhatian kita? Siapa kita di mata-Nya? Ye, kita hamba, dan Dia tuan. Tuan punya alam, tuan punya hati, tuan punya segalanya yang wujud. Adakah seorang hamba boleh menggunakan barang pemberian sementara dari tuannya sesuka ria, berfoya-foya? Pasti bukan itu tujuannya. Fikirlah sahabatku semua,

"tidak Aku ciptakan jin & manusia melainkan beribadah kepada-Ku"
(al baqarah,ayat 230)

Lihat! Fikir! Allah dah beritahu jelas terang lagi nyata tujuan kita diwujudkan. Adakah kita nk jadi bani israil yg macam2 Allah dah beri, tolong, akhirnya berpaling dan menzalimi diri sendiri?

"sesungguhnya hanya dengan mengigati Allah, hati akan tenang"
(ar-raad,ayat 2)

Lagi sekali Allah cakap, kalu x sedar lagi, rasenya amatlah masalah jiwa dan diri kita. Marilah sahabat2 ku semua, perliharalah hati kita kerana hati amat berperanan dalam menentukan hala tuju dan arah hidup kita. Jika hati tidak dipenuhi iman dan taqwa, mana mungkin mahu pandu kita ke arah jalan yang hanya 1 drpd 73 jalan masuk syurga?

"....dalam jasad manusia ada seketul daging, sekiranya baik ia, maka baiklah seluruh jasad, sekiranya buruk ia, maka rosaklah seluruh jasad dan ketahuilah bahawa ia adalah hati"
(hadis riwayat imam bukhari dan muslim)

Kan, sangatlah susah memelihara hati kita? Jadi, apalagi? Marilah sahabat semua, perbaiki hati kita, tanam pohon-pohon keimanan, pohon positif dan siram serta bajainya lah dengan taqwa. Mulakan dengan semudah-mudah perkara yang Allah redha. Dari situ, istiqamahlah wahai diri biar kita x rase bosan dgn perkara tu. jika dimulakan dgn perkara besar ditakuti kita akan lelah bila mahu buat kebaikan. Ketahuilah jika syaitan yang Allah laknat boleh berterusan dgn kerjanya sesatkan manusia, xkanlah kita yang sebaik-baik ciptaan-Nya ini x mampu untuk lebih istiqamah dan mujahadah?Ada 1 tips 'famous' dari ulama terdahulu yang saya ingin kongsikan bersama,,

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Harap membantu diri ini dan kamu semua yang masih tercari-cari hatinya,,wallahualam

No comments:

Post a Comment