Tuesday, October 25, 2011

Aku mahu pulang

Assalamualaikum...(sambil menadakan intonasi Prof. Izi)

Lama rasanya aku sudah tidak berkecimpung dalam penulisan alam maya ni..salam kerinduan buat ayah dan ibu di Malaysia. Hampir 6 bulan tidak mengkhabarkan berita, sudah banyak rasanya dosa-dosa yang aku dah lakukan dan terus-menerus mencemari hati ini. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku mencari jalan pulang semula waima untuk kali ke berapa dalam hidup ini. Suka untuk aku memberitahu bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang kerana sentiasa ada peluang untuk manusia mencari pencipta-Nya. Dia tidak pernah lari dari manusia tetapi aku yang sering lari daripada tanggungjawab ku untuk pulang.
Jadi tidak salah rasanya jika Tuhan menghukum aku cuma aku yang takut menerima hukuman. Setelah hampir 6 bulan aku berkelana di bumi sakura ini, aku belajar banyak perkara negatif mahupun positif. Setiap satunya aku merasai agar kononnya 'xde life la klu x rase'.. Memang manusia lupa diri aku ni. Tuhan kurniakan aku kelebihan tapi aku cuba musnahkan kelebihan aku dengan nafsu yang aku sendiri tak terkawal. 'x pe'.. Itulah sifat yang membunuh kelebihan aku. Jika dilaksanakan hukum hudud ke atas ku nescaya aku sudah mati disebat. Tetapi Allah masih memberi peluang.
Paling mendukacitakan, aku sudah lupa untuk bangun malam mencari keredhaan-Nya. Aku terlalu sibukkan diri aku dengan dunia dan itulah yang aku dapat tanpa redha-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara dunia, nescaya Allah akan sentiasa tambah kesibukkannya.
Aku terlalu rindukan zaman aku yang dahulu yang baru belajar mengenal dunia. Kerana aku mahu mengenal dunia melalui jalan berbeza yakni jalan Allah. Aku mahu mengenal dunia untuk tidak aku sesat ke akhirat. Tujuan hidupku hanyalah 2; beribadat pada-Mu dan memakmurkan dunia kepunyaan-Mu. Ya Allah, kuatkanla hati aku, hindarkan lah aku dari maksiat, nafsu, syaitan, manusia jahat...sesungguhnya aku mahu pulang~

Friday, July 1, 2011

日本へようこそ!!

Assalamualaikum...alhamdulilah dapat juga sy kembali setelah 3 bulan berjaya menjejakkan kaki ke bumi sakura ini. Perasaan yang pada mulanya sedih untuk meninggalkan keluarga, sahabat handai, dan rakyat malaysia memang agk sedih dan sebak bertukar menjadi tidak sabar sebab terlalu lama menunggu tarikh keberangkatan. Tsunami dan gempa bumi besar yang melanda Jepun ps bulan 3 aritu ckup memberikn pengajaran kepada manusia. Sehebat mana manusia itu, semaju mana negara itu, ingatlah bahawa ada kuasa yang lebih hebat yakni pencipta alam ini, ALLAH..pada pandangan manusia yang tidak mempunyai iman, "ini bencana alam", "ini semula jadi"....tp bg orang yg beriman, ini sunatullah..xde benda atau perkara yang berlaku atas muka bumi ini secara semulajadi atau kebetulan, semuanya diletakkan sebab-akibat agar manusia boleh belajar dari kesilapan.
Panjang pulak mukadimmah aku..haha..namun, ada isinya dan pengajaran yg boleh diambil. Sampai di bumi sakura ini bukan bermakna aku da lepas dari kebiasaan aku sebagai Islam. Tugas aku semakin berat kerana dikelilingi satu bangsa yang hebat tapi sayang xde imannya..mmg aku akukan yang Jepun sangat cantik, persekitaran yg bersih. Kalau nk dibandingkan dengan tanah tumpah darahku, ibarat langit dgn bumi..Jalan raya yang teratur, bangunan yg tinggi membuatkan aku semakin lupa tentang Malaysia..haha(baru sikit da lupe diri)..tapi aku segera mengingat tujuan kedatangan aku..haha..alhamdulilah berjaye ingt balik yang aku pernah mkn belacan..haha.. Tapi serius akunk beritahu yang orang dinegara maju ini tak buang sampah merata2,,x bwk laju2,,setiap mase beratur,,mase yg kejar diaorang..huhu..pelik kan..mcmmane org msia, bley x bg mse yg kejar kita?? Haha..rasanya dah banyak aku tulis nh..penat la jari nh..kita jumpa lagi insyaALLAH..