Tuesday, October 25, 2011

Aku mahu pulang

Assalamualaikum...(sambil menadakan intonasi Prof. Izi)

Lama rasanya aku sudah tidak berkecimpung dalam penulisan alam maya ni..salam kerinduan buat ayah dan ibu di Malaysia. Hampir 6 bulan tidak mengkhabarkan berita, sudah banyak rasanya dosa-dosa yang aku dah lakukan dan terus-menerus mencemari hati ini. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku mencari jalan pulang semula waima untuk kali ke berapa dalam hidup ini. Suka untuk aku memberitahu bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang kerana sentiasa ada peluang untuk manusia mencari pencipta-Nya. Dia tidak pernah lari dari manusia tetapi aku yang sering lari daripada tanggungjawab ku untuk pulang.
Jadi tidak salah rasanya jika Tuhan menghukum aku cuma aku yang takut menerima hukuman. Setelah hampir 6 bulan aku berkelana di bumi sakura ini, aku belajar banyak perkara negatif mahupun positif. Setiap satunya aku merasai agar kononnya 'xde life la klu x rase'.. Memang manusia lupa diri aku ni. Tuhan kurniakan aku kelebihan tapi aku cuba musnahkan kelebihan aku dengan nafsu yang aku sendiri tak terkawal. 'x pe'.. Itulah sifat yang membunuh kelebihan aku. Jika dilaksanakan hukum hudud ke atas ku nescaya aku sudah mati disebat. Tetapi Allah masih memberi peluang.
Paling mendukacitakan, aku sudah lupa untuk bangun malam mencari keredhaan-Nya. Aku terlalu sibukkan diri aku dengan dunia dan itulah yang aku dapat tanpa redha-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara dunia, nescaya Allah akan sentiasa tambah kesibukkannya.
Aku terlalu rindukan zaman aku yang dahulu yang baru belajar mengenal dunia. Kerana aku mahu mengenal dunia melalui jalan berbeza yakni jalan Allah. Aku mahu mengenal dunia untuk tidak aku sesat ke akhirat. Tujuan hidupku hanyalah 2; beribadat pada-Mu dan memakmurkan dunia kepunyaan-Mu. Ya Allah, kuatkanla hati aku, hindarkan lah aku dari maksiat, nafsu, syaitan, manusia jahat...sesungguhnya aku mahu pulang~

No comments:

Post a Comment